FANZI Ruji pertaruhkan Mata Hati.
FANZI Ruji pertaruhkan Mata Hati.
Minda Ranggong

Penyanyi dan pencipta kandungan, Fanzi Ruji mempertaruhkan single terbaharu berjudul Mata Hati.

Menariknya Mata Hati turut menjadi lagu runut bunyi (OST) untuk drama Bukan Sekadar Lafaz di TV3.

Lagu yang terhasil daripada kolaborasi antara syarikat rakaman Alternate Records bersama Marsha Londoh Entertainment.

Malah Fanzi melakar sejarah antara artis pertama di bawah naungan Marsha Londoh Entertainment.

Fanzi sememangnya dikenali dengan penampilan yang gemar mempersembahkan lagu-lagu bergenre pop, balada dan banyak lagi di platform Youtube dan TikTok.

Lagu Mata Hati adalah karya komposer berbakat iaitu Hanis Rafi dan Firdaus Rahmat.

Lirik lagu ini mengisahkan mengenai ekspresi penghargaan kepada pasangan kekasih dan ikatan janji untuk sehidup semati bersama.

Ia adalah sebuah lagu cinta yang dapat memberi kesan dan terus mencuri perhatian pendengar dengan melodi yang romantik.

Menurut Fanzi, apabila mendengar lagi ini ia mudah difahami dan turun ke dalam hati tetapi mempunyai makna yang kuat pada liriknya.

"Kali pertama mendengar demo lagu Mata Hati saya terus dapat merasakan 'vibe' daripada melodi dan lirik lagu ini kerana mudah difahami dan terus tersentuh di hati," katanya.

Tambahnya, keunikan yang ingin ditonjolkan di dalam lagu ini adalah cara pembawakannya iaitu ia sedap didengari tetapi konsep genre pop balada Melayu yang juga mempunyai sedikit unsur 'fresh' ala-ala Korea menjadikan ia mencabar untuk dinyanyikan.

Untuk info, lagu ini adalah salah sebuah lagu OST untuk drama Bukan Sekadar Lafaz yang diinspirasikan oleh novel karya Sophilea.

Drama ini disiarkan sejak 17 Oktober lalu, setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam di slot Akasia TV3 dan strim di iQIYI satu jam selepas siaran TV melalui www.iQ.com/local atau muat turun aplikasi iQIYI.

Drama terbitan Pencil Pictures & Records ini diarahkan oleh Idora Abdul Rahman dan penulisan skrip dihasilkan oleh Sophilea.

Menggabungkan pelakon terkenal tanah air seperti Alif Satar, Wanna Ali, Yuna Rahim, Malek Mccrone, Dr. Ahmad Idham dan ramai lagi.

Jangan lepaskan peluang anda untuk muat turun lagu Mata Hati di iTunes atau melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Spotify, Apple Music, Youtube Music, KKBox, Tidal dan Deezer.

Untuk mendapatkan maklumat terkini, sila layari platform media sosial FANZI RUJI.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 November 2023 @ 6:20 AM