Perkongsian majlis makan malam Zarina Anjoulie di media sosialnya.
Perkongsian majlis makan malam Zarina Anjoulie di media sosialnya.

Kuala Lumpur: Pelakon, Zarina Anjoulie memuat naik hantaran dan memberi gambaran, akan lebih banyak drama serta kontroversi selepas dia kini kembali bersama tunangnya, Datuk Seri Khazrul Elzey.

Dalam hantaran itu, Zarina yang mesra disapa dengan panggilan Anju juga menulis pesanan ringkas kepada netizen supaya tidak menafikan bahawa mereka suka drama membabitkan kehidupannya.

"Papa dan mama dah kembali! Lebih banyak drama, lebih banyak kontroversi, lebih banyak 'shopping'. Nantikan. Jangan berlakon macam korang (kalian) tak suka drama kita, ya," tulisnya.

Di Instagram juga, Anju memuat naik beberapa gambar dan video makan malam di satu restoran mewah di ibu kota, dihadiri Khazrul serta anak-anak mereka.

"Cerita semalam, malam malam di Arte 66 by Thomas Chan. Papa, awak memang terbaik dan saya selalu sayang awak. Pova, Erin, Martin, mama sayangkan kamu semua. Kalian melengkapkan saya.

"Terima kasih tunangku. Awak sangat 'sweet' dan terima kasih kepada anak-anak juga. Sayang kamu semua sangat-sangat.

"Satu makan malam yang indah. Erin, terima kasih sebab datang. Mama tahu, awak selalu sibuk, tapi awak sudi luangkan masa untuk datang, anakku," tulisnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 September 2023 @ 2:34 PM