Syafil Syazwan Jefri

Subang Jaya: Pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu menafikan dia membeli dan menghadiahkan banglo buat isterinya, Watie Hanifiah.

Shuib ketika ditemui di majlis akad nikah dan resepsi yang berlangsung malam tadi menjelaskan bahawa banglo itu dihadiahkan buat ibunya.

"Saya tak ada beli rumah untuk Watie. Banglo yang saya beli, adalah hadiah untuk ibu saya. Insya-Allah, ia akan siap tahun hadapan," katanya kepada Harian Metro.

Soalan itu diajukan selepas ada ura-ura di forum awam yang mengatakan bahawa Shuib menghadiahkan rumah banglo buat isterinya.

Terbaharu, Shuib dan Watie kini sedang bercuti di Langkawi. Selepas ini, mereka akan berbulan madu di Turkiye, namun, akan turut membawa keempat-empat anak.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Jun 2023 @ 5:06 PM