Aiman Tino dan Syarah
Aiman Tino dan Syarah
Najiy Jefri


Kuala Lumpur: Tiada angin tiada ribut, penyanyi Aiman Tino dilaporkan sedang menyulam bahagia dengan wanita dikenali, Syarah Haifa dan sudah menghantar rombongan merisik.

Berita gembira itu disahkan abang teman wanitanya, Farish Isa yang memuat naik beberapa hantaran video di Instagram miliknya.

"Eh! Ada tetamu datang rumah kita la. Rupanya nak merisik bunga di taman," tulisnya dalam hantaran video di Instagram Story.

Menerusi perkongsian Farish di Instagram, ibu Aiman iaitu Hazelina Mat Jalil dilihat menyarung cincin di jari manis Syarah sebagai tanda hasrat hati untuk menyunting wanita pilihan.

Dalam acara serba ringkas di kediaman kekasih Aiman itu, penyanyi yang popular menerusi lagu Ku Rela Dibenci itu dilihat turut hadir bersama ahli keluarga lain.

Difahamkan majlis merisik itu berlangsung di Cheras petang semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 January 2023 @ 8:32 AM