Amyza menjayakan persembahan  bersama Zaki Yamani dan Yamani Abdillah pada program Famili Duo. FOTO Hairul Anuar Rahim
Amyza menjayakan persembahan bersama Zaki Yamani dan Yamani Abdillah pada program Famili Duo. FOTO Hairul Anuar Rahim
Zaara Talita


Kuala Lumpur: Pelakon Amyza Aznan menepis dakwaan terlalu seksi sehingga menampakkan pangkal peha kerana memakai seluar ketat senada warna kulit bersama busana yang digayakan.

Amyza membuat penjelasan itu selepas tampil menggayakan fesyen gaun terbelah paras paha ketika diundang Yamani Abdillah dan Zaki Yamani dalam program Famili Duo, malam tadi.

"Mana seksi, seluar warna kulit. Mana lepas kalau tak pakai seluar," kata Amyza.

Amyza membalas kenyataan rakannya di ruangan akaun Instagram miliknya selepas klip persembahan itu menjadi viral.

Duo anak lelaki Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah itu menyampaikan lagu berjudul Hati pada minggu ke empat program Famili Duo dengan memilih tema era 1920-an.

Kemunculan Amyza, 46, yang tampil menyerlah dalam persalinan serba hitam itu meraih sorakan penonton yang memenuhi Sri Pentas 2, Shah Alam, Selangor.

Amyza tampil menjayakan persembahan di Famili Duo
Amyza tampil menjayakan persembahan di Famili Duo

Sudah pasti penampilan Amyza mengundang pelbagai reaksi peminat apabila rata-rata mempersoalkan imej berani pelakon itu.

Malah kalangan netizen turut mempersoalkan usia Amyza yang boleh dianggap sebagai ibu kepada dua penyanyi remaja berkenaan.

Pada konsert ke empat program siaran di TV3 itu, Yamani dan Zaki berada di tangga kelima dengan markah sebanyak 48.1 peratus.

Dua beradik tersebut membawa pulang hadiah juara mingguan sebanyak RM10,000 pada minggu lalu selepas dinobatkan sebagai duo terbaik pada minggu ketiga.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 January 2023 @ 4:22 PM