BEN Amir
BEN Amir
Najiy Jefri

Kuala Lumpur: Pelakon, Ben Amir mencuri perhatian netizen apabila sedang mencari 'Timbalan Perdana Menteri' (TPM) atau disebut sebagai pelengkap untuk mengisi kekosongan di hatinya.

Ben atau nama sebenarnya, Muhammad Amir Sabaruddin, 32, berkata, dia mencari wanita yang berpotensi dijadikan isteri.

"Saya nak bina kerajaan sendiri. Sedang cari 'Timbalan Perdana Menteri' (calon isteri).

"Saya mencari wanita yang ke gimnasium, pandai masak dan boleh ketawakan lawak-lawak saya yang membosankan," tulisnya berseloroh dalam satu ciapan di Twitter.

Menerusi ciapan itu, Ben turut mengharapkan bakal isterinya memiliki naluri keibuan serta berhati mulia.

"Mempunyai naluri keibuan, jadikan saya seorang manusia yang lebih baik dan juga seorang wanita 'baddie' (nakal)," tulisnya.

Perkongsian Ben menarik perhatian ramai apabila ramai wanita tampil menawarkan diri menjadi calon isteri kepada pelakon itu.

Ciapan Ben turut meraih 3,400 ulang kicau dan 12,400 tanda suka.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 November 2022 @ 3:31 PM