Pakaian Neelofa (kanan) dan Mira Filzah disamakan seperti ikan laga oleh peminat.
Pakaian Neelofa (kanan) dan Mira Filzah disamakan seperti ikan laga oleh peminat.
Najiy Jefri


Kuala Lumpur: Selebriti popular, Neelofa dan Mira Filzah mencuri perhatian ramai apabila busana yang digayakan dalam program Next To Neelofa disamakan seperti ikan laga.

Perkara itu dikongsikan di akaun Instagram MeleTOP selepas seorang pengikut meninggalkan komen mengenai persamaan itu.

"Kenapa saya nampak gambar ini macam ikan laga. Maafkan saya," tulis seorang pemilik akaun bernama @nasheka.mn.

Perkongsian MeleTOP itu menggeletek hati ramai pengikut termasuk penyampai radio, Radin serta Neelofa sendiri.

"Hahahahaha…. Berdosa tak kalau gelak? ," tulis Radin.

"Hahahahahahaha i pun gelak," jawab Neelofa kepada komen yang ditinggalkan Radin.

Rata-rata peminat begitu terhibur dan mengaku kedua-dua selebriti itu begitu jelita walaupun disamakan dengan ikan laga.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 November 2022 @ 8:08 AM