Mona dan Pekin sambut bayi lelaki.
Mona dan Pekin sambut bayi lelaki.

Kuala Lumpur: Pasangan pelakon Mona Allen, 37, dan Pekin Ibrahim, 41, menyambut 'Bayi Merdeka' iaitu bayi lelaki yang selamat dilahirkan Puchong, Selangor jam 2.39 pagi ini.

Berita gembira itu dikongsi Mona atau Munna Hafiraneza Allen menerusi Instagram Story dan bersyukur kelahiran terbabit berjalan lancar.

"Alhamdulillah. Terima kasih atas doa anda. Mummy dan dan baby selamat.

"Baby merdeka lahir pada jam 2.39 pagi," katanya.

Mona serta Pekin turut menerima ucapan tahniah rakan-rakan dan kenalan rapat sempena kelahiran anak mereka serentak dengan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-65.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 7 Disember 2018.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 31 Ogos 2022 @ 11:53 AM