GHOSTFACE terus menjadi identiti filem Scream. - FOTO Google
GHOSTFACE terus menjadi identiti filem Scream. - FOTO Google
Syafil Syazwan Jefri


FILEM: Scream

PENGARAH: Matt Bettinelli-Olpin, Tyler Gillett

PENULIS SKRIP: James Vanderbilt, Guy Busick

PELAKON: Melissa Barrera, Jack Quaid, Jenna Ortega, Dylan Minnette, Mikey Madison, Mason Gooding, Jasmin Savoy Brown, Sonia Ben Ammar, Marley Shelton, Courteney Cox, David Arquette, Neve Campbell

TERBITAN: Spyglass Media Group, Project X Entertainment, Radio Silence

ULASAN: Syafil Syazwan Jefri

(Ulasan filem ini adalah pandangan peribadi penulis berdasarkan pemerhatian dan pengalamannya menonton filem berkenaan)

BAGI peminat dan pengikut setia siri filem Scream, tentunya kehadiran filem kelima Scream ini dinanti-nantikan.

saja judul filem ini, tentunya ramai sedia maklum mengenai perasaan cemas dan bagaimana perkembangan plot dalam filem-filem ini berjaya melonjak adrenalin penonton.

Dalam filem kelima ini, taktik sama masih digunakan dalam membuatkan penonton tidak senang duduk.

Walaupun tidak lagi diarahkan oleh Wes Craven yang meninggal dunia pada 2015, gandingan pengarah Matt Bettinelli-Olpin dan Tyler Gillett berjaya mengekalkan beberapa DNA yang ada dalam francais filem ini.

Kesinambungan daripada filem Scream (2011), Scream terbaru ini mengisahkan mengenai watak utama, iaitu Sam Carpenter yang terpaksa menyelamatkan adiknya, Tara Carpenter yang masih lagi menetap di bandar Woodsboro.

bPerjuangannya bermula apabila adiknya dikhabarkan menjadi mangsa serangan Ghostface dan ditikam sehingga perlu mendapatkan rawatan di hospital.

SCREAM terbaru masing mengekalkan babak-babak cemas dengan sentuhan klasik. - FOTO Google
SCREAM terbaru masing mengekalkan babak-babak cemas dengan sentuhan klasik. - FOTO Google

ANTARA filem seram paling popular sepanjang zaman. - FOTO Google
ANTARA filem seram paling popular sepanjang zaman. - FOTO Google

bTidak hanya berjuang menyelamatkan nyawa keluarga serta penduduk bandar itu, Sam juga berjuang secara dalaman apabila dia menyimpan rahsia besar bahawa dia adalah anak kepada pembunuh bersiri, Billy Loomis.

bPada masa sama, Sam juga bergelut dalam memperbaiki hubungan antara dia dengan adiknya selepas membuat keputusan untuk keluar dari rumah lima tahun sebelum itu.

Satu persatu kenalan yang juga sahabat adiknya menjadi mangsa Ghostface sekali gus memaksanya untuk meminta bantuan daripada bekas syerif, Dewey Riley yang kini hidup merempat selepas berpisah dengan isterinya, Gale Weathers.

Dewey yang pada awalnya menolak untuk membantu, akhirnya terbuka hati kerana merasakan bahawa dia memegang tanggungjawab untuk menyelamatkan keadaan.

Pada masa sama, dia menghubungi Gale dan seorang lagi rakannya, Sidney Prescott supaya berhati-hati dengan serangan Ghostface.

Ketiga-tiga mereka adalah bintang utama daripada awal kemunculan filem Scream dan kemunculan mereka umpama membawa penonton mengimbau kenangan lama.

Satu persatu rahsia dibongkar sehinggalah penonton sendiri dapat melihat siapakah pembunuh di sebalik topeng Ghostface.

Apa yang saya lihat, ada beberapa jangkaan yang boleh dibuat ketika permulaan filem ini dan ada juga babak yang dijangka klise, tidak dibuat dan itu sebenarnya memberikan lebih kejutan kepada penonton.

Namun, sentuhan babak-babak cemas dengan cara klasik, ditambah pula dengan skor muzik yang mencemaskan menguatkan lagi identiti filem ini.

Durasi 114 minit tayangan rasa seperti berlalu dengan begitu pantas kerana jalan cerita yang bena-benar jelas.

Yang pasti, kehadiran filem ini akan menambah satu lagi warna dalam seleksi siri filem Scream.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 January 2022 @ 6:49 AM