Neelofa
Neelofa
Najiy Jefri


Kuala Lumpur: Walaupun tidak mengesahkan berita kehamilannya, namun 'baby bump' selebriti dan usahawan popular, Neelofa semakin jelas kelihatan.

Foto terbabit dikongsikan adik Neelofa, Ameera Khan di Instagram Story ketika menghadiri acara jenama fesyen antarabangsa di ibu kota, hari ini.

Biarpun kisah kehamilannya hangat diperkatakan orang ramai sejak kebelakangan ini, namun Neelofa masih mengambil pendekatan 'mengunci mulut'mengenai perkara itu.

Malah, percutian Neelofa bersama suami, Haris Ismail atau PU Riz di Langkawi pada Oktober lalu turut mendapat perhatian ramai apabila ramai yang melihat perubahan pada tubuhnya.

"Ketika saya bercuti di Langkawi bersama suami, saya ada bertemu dengan ramai peminat. Mereka boleh menilai sendiri keadaan saya. 

"Saya tak ada perancangan untuk membuat apa-apa pengumuman, apa yang saya boleh katakan, saya amat perlukan doa semua," katanya. 

Sejak Julai lalu, khabar angin mengenai kehamilan bekas pengacara MeleTOP itu hangat diperkatakan selepas dia dilihat menunjukkan tanda-tanda ibu mengandung apabila asyik mengusap bahagian perutnya.

Bukan hanya pada siaran langsung di Instagram untuk promosi tudung, paling ketara ketika hadir ke Kompleks Mahkamah Seremban bagi sebutan semula kes pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) pada 24 September lalu.

Neelofa dan PU Riz melangsungkan pernikahan di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 November 2021 @ 9:50 PM