Ejen Ali diumumkan pemenang kategori Watak Animasi Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 yang diperkenalkan buat kali pertama. Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios, Datuk Khairul Anwar Salleh (kiri) dan  Ketua Pegawai Eksekutif WAU Animation and Pengarah Ejen Ali, Usamah Zaid Yasin (tengah) bersama trofi berkenaan di  di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL). FOTO AZIAH AZMEE

Ridzuan Abdul Rahman

Kuala Lumpur: Filem animasi Ejen Ali menepati ramalan apabila memenangi kategori Watak Animasi Popular pada Anugerah Bintang Popular BH ke-34 (ABPBH 34) yang diperkenalkan buat kali pertama tahun ini.

Filem terbitan Primeworks Studios (PWS) dan WAU Animation ini mengetepikan empat calon lain iaitu Boboiboy, Upin & Ipin, Mechamato dan Alif & Sofia.

Ketua Pegawai Eksekutif WAU Animation and Pengarah Ejen Ali, Usamah Zaid Yasin, berkata pihaknya cukup berbesar hati menerima anugerah itu.

"Terima kasih kepada peminat yang tidak putus-putus menyokong dan mengundi Ejen Ali hingga kami muncul pemenang dalam kalangan calon hebat lain. Terima kasih ini juga ditujukan kepada ABPBH kerana sama merancakkan industri animasi dengan pengiktirafan begini. Semoga masa depan industri animasi tanah air terus berkembang maju selagi dengan adanya pengiktirafan seperti ini," katanya. 

Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios, Datuk Khairul Anwar Salleh turut bersama menerima trofi berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 November 2021 @ 12:17 AM