AZRIEL bersama Ashanty.
AZRIEL bersama Ashanty.
Agensi

Jakarta: Kebaikan penyanyi Ashanty iaitu isteri Anang terhadap anak tirinya Aurel Hermansyah dan Azriel Hermansyah, dari perkahwinan suaminya yang terdahulu menimbulkan kekaguman pada masyarakat.

Malah, Aurel dan Azriel sering melahirkan perasaan cinta yang mendalam terhadap Ashanty sehingga menyamakannya sebagai 'bidadari'.

Baru-baru ini Azriel memaparkan gambar kehidupan di masa kecilnya sekali gus membuatkan dirinya terkenang kembali di mana dia dan kakaknya bebas bermain dengan anak kecil di sekitar tempat tinggal mereka.

"Dikirimkan oleh rakan sewaktu kami kecil. Gambar sekitar tahun 2009 waktu ini hidupku dengan kakak setiap hari sangat bebas bermain kampung dan akhirnya kenal dengan semua orang di sana," tulisnya.

Menerusi perkongsian sama, Azriel berkata ia mengingatkan bagaimana pertemuan awalnya dirinya dengan Ashanty.

"Semasa kecil kita ikuti semua arus hidup ini dan selalu bersyukur apa yang ada hingga akhirnya bunda (Ashanty) pun datang.

"Dia uruskan kita dengan segala cabaran yang ada dari awal kita kenal bunda sampai sekarang pun bonda selalu ikhlas menguruskan kita dan sayangkan kita.

"Terkadang dalam benak selalu terfikir kenapa ada orang sebaik bunda sedangkan waktu itu bunda masih muda, cantik dan boleh sahaja bonda memilih orang lain untuk meneruskan hidupnya.

"Tetapi bunda memilih hidup sama kita dikedai yang kecil dan sempit untuk menguruskan dua anak kecil yang bunda pun tidak tahu bagaimana kita akan terima bonda atau tidak," tulisnya.

Dalam masa, Azriel sedar jika tulisannya itu boleh dikomen sebaliknya oleh netizen dan dia memilih untuk mengabaikannya. 

"Buat orang yang ingin menjatuhkan selalu berfikir ini hanya sebuah cerita bohong atau sekadar menutup cerita, tapi percayalah sampai bila-bila pun bunda tetap bunda yang kita kenal dan selalu ada untuk anak-anaknya," katanya.

Perkongsian itu membuatkan ramai pihak terharu termasuk Ashanty sendiri. 

 "Ya Allah Jielllll, kamu kenapa selalu sweet sangat, amat bermakna gambar-gambarnya," balas Ashanty.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Ogos 2021 @ 1:14 PM