Zizi Kirana.
Zizi Kirana.
Oleh Georgie Joseph


Kuala Lumpur: Penyanyi Zizi Kirana, 36, kehilangan ibu saudara tercinta, Rusnani Kassim yang meninggal dunia di Sabah, jam 2.40 pagi hari ini.

Zizi berkata, sebaik mendapat perkhabaran itu, dia bergegas ke balai polis memohon kebenaran merentas negeri untuk pulang ke Sabah.

Zizi berkata, pemergian ibu saudaranya yang dipanggilnya 'umi' itu satu kehilangan besar memandangkan arwah sudah dianggap seperti ibu sendiri.

"Saya dan adik mempunyai hubungan rapat dengan umi. Dia menjaga kami sejak kecil. Pemergiannya sangat memberi kesan kerana saya sudah menganggap arwah seperti ibu kedua saya," katanya. Bagaimanapun, Zizi tidak berkongsi lanjut mengenai punca Allahyarham meninggal dunia.

Dia dimaklumkan mengenai berita sedih itu selepas selepas menjalani penggambaran drama kira-kira jam 3 pagi, hari ini.

Sejurus itu, dia terus menguruskan perjalanan pulang ke Sabah selepas sudah mendapatkan kebenaran daripada polis.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 Mac 2021 @ 5:04 PM