MAJLIS lamaran hingga pernikahan Youtuber terkenal, Atta Halilintar dan pasangannya, Aurel Hermansyah.
MAJLIS lamaran hingga pernikahan Youtuber terkenal, Atta Halilintar dan pasangannya, Aurel Hermansyah.
Agensi

Jakarta: Wakil Kementerian Penyiaran Indonesia (KPI), Mulyo Hadi bakal mengambil tindakan berhubung penyiaran majlis lamaran hingga pernikahan Youtuber terkenal, Atta Halilintar dan pasangannya, Aurel Hermansyah oleh stesen televisyen nasional, RCTI.

Mulyo berkata, pihaknya sudah memanggil pihak RCTI dan memberikan teguran. Malah, dia juga mendakwa boleh mengambil tindakan akibat kekecohan di media sosial akibat perkara itu. 

Terdahulu, situasi yang berlaku itu dimaklumkan Mulyo dalam wawancarannya bersama CNN Indonesia, semalam.

Mulyo berkata, pihaknya masih membincangkan isu ini dengan melihat perkara-perkara yang melanggar peraturan.

Dia juga memberitahu tindakan yang pernah dilakukan KPI berikutan polemik sebelum ini yang turut terkait kisah sensasi, Atta dan Aurel.

"Sebelum ini, pada 2014 dan 2015 lalu denda pernah dikenakan terhadap majlis pernikahan Raffi Ahmad dan kelahiran anak Ashanty. 

"Kami melihat stesen tv milik negara, digunakan untuk kesejahteraan rakyat. Jika stesen TV mengatakan Atta mempunyai ramai pengikut dan mempunyai pengaruh besar, kami tidak akan berfikir ke arah itu."

"Dari pihak kami (KPI) sudah berikan penjelasan dan peringatan. Malah, mereka pula beritahu ia bukan terbitan rasmi dari stesen TV itu yang ada kemungkinan jadual akan berubah," katanya. 

CNN Indonesia, bagaimanapun sudah cuba menghubungi pihak yang berkenaan, namun setakat ini belum menerima sebarang jawapan. 

Atta dan Aurel pula memberikan reaksi dingin terhadap kritikan daripada pihak bertanggungjawab termasuk, membiarkan warganet terus berbahas di media sosial mengenai mereka. 

Kedua-duanya hanya mengatakan semua diserahkan kepada masyarakat untuk menonton atau tidak acara majlis lamaran hingga nikah mereka yang disiarkan di RCTI.

Tindakan Atta dan Aurel turut dianggap kurang bijak dengan memberi gambaran jika tidak suka tidak perlu menonton. Apapun, penyiaran majlis mereka membabitkan stesen TV awam dan pilihan program dikata agak terbatas.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Mac 2021 @ 12:23 PM