HUBUNGAN Atta dan Aurel dilihat bermasalah.
HUBUNGAN Atta dan Aurel dilihat bermasalah.
Agensi

 

Jakarta: Selepas majlis perkahwinan ditunda akibat pandemik Covid-19 yang melanda dunia, hubungan cinta antara Atta Halilintar dan Aurel Hermansyah kini dikatakan sedang bergolak.

Pergolakan itu dihidu selepas kedua-dua mereka mula memuat naik hantaran di Instagram seolah-olah memberi gambaran mengenai apa yang sedang berlaku.

Dalam satu video yang dimuat naik portal hiburan Indonesia, ibu tiri Aurel, Ashanty juga tidak berani memberikan sebarang komen lanjut ketika ditanya mengenai perkara itu. 

"Semua orang tua mendoakan untuk anak-anaknya yang baik-baik," katanya. 

Ashanty berkata, Aurel belum berkongsi apa-apa mengenai pergolakan hubungan cinta antara dia dengan Atta. 

"Kebelakangan ini, dia lebih banyak berdiam diri dan belum meluahkan apa-apa," katanya. 

Aurel dan Atta masing-masing memuat naik hantaran dengan kapsyen yang memberi bayangan hubungan mereka dilanda masalah. 

Dalam satu hantaran beberapa hari lalu, Atta menulis mengenai pilihannya untuk berdiam diri adalah yang terbaik. 

Sementara itu, Aurel pula dilihat sedang menghabiskan masa bercuti dan mendekati alam, sekaligus mencari ketengan. 

Terdahulu, pasangan itu dijadualkan berkahwin pada tahun ini dan memilih lokasi Gelora Bung Karno, namun ditunda ke tahun depan. 

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 Disember 2020 @ 12:58 PM