Datuk Fizz Fairuz dan isteri serta anaknya. FOTO NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN
Datuk Fizz Fairuz dan isteri serta anaknya. FOTO NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN
Sudirman Mohd Tahir

 

Pelakon, Datin Almy Nadia berkongsi pertama kali melihat suaminya yang juga pelakon, Datuk Fizz Fairuz dalam keadaan sedih.

Ia selepas Almy dimasukkan ke hospital kerana perlu menjalani pembedahan, kelmarin.

"Pertama kali tengok dia sedih. Masa kami (saya) nak masuk bilik pembedahan. Nampak saja dia kuat, tapi dalam hati dia hanya Allah saja tahu.

"Mana nak fikir isteri sakit, anak-anak lagi, kerja dan makan minum sendiri terabai sebab saya sakit. Tapi dialah nyawa saya.

"Dikala saya sakit, pening, dia sentiasa ada. Nampak dia garang, tapi sebenarnya hati dia lembut sangat. Sayang saya minta maaf sebab banyak susahkan sayang," katanya.

Menerusi status sama di Instagram, Almy berterima kasih kepada suaminya itu yang banyak berkorban untuknya.

"Mama (saya) banyak sakit, susahkan sayang untuk jaga mama sewaktu sakit. Maafkan mama. Mama 'love' sayang dunia akhirat.

"Mama doakan sayang murah rezeki dan panjang umur. Terima kasih sayang sebab ada dengan mama sewaktu sakit, susah senang bersama, mama sangat bersyukur. 

"Tiba-tiba sedih sebab pengorbanan sayang terlalu besar untuk mama dengan anak-anak dan sayang banyak berkorban untuk diri sendiri. Mama 'love' sayang," katanya.

 

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 Oktober 2020 @ 3:06 PM