ANTARA babak lokanan dalam Tenet. FOTO AGENSI
ANTARA babak lokanan dalam Tenet. FOTO AGENSI
Agensi

New York: Filem Tenet arahan Christopher Nolan terus pecah panggung apabila meraih kutipan lebih RM1 billion di seluruh dunia, namun tayangannya masih 'merana' di Amerika Syarikat (AS).

Berikutan situasi pandemik yang masih belum terkawal, tayangan di dua kota besarnya iaituNew York dan Los Angeles tergendala, sekali gus memberi kesan terhadap kutipan di sana.

Untuk minggu ketiga tayangan, Tenet mencatatkan kutipan domestik sebanyak RM19 juta dari sekitar Amerika Utara sahaja. Sekali gus, menjadikan jumlah kutipan keseluruhan setakat ini berjumlah RM148 juta.

Warner Bros. melaporkan, filem bajet besar itu mendapat kutipan daripada 2,930 panggung. Mereka percaya kutipanTenet sebenarnya boleh pergi lebih tinggi jika panggung lain dibuka.

Di peringkat antarabangsa sahaja, filem itu berjaya meraih kutipan lebih RM880 juta. Ia berikutan pembukaan panggung sudah dibuka terlebih awal di luar AS.

Tenet adalah sebuah filem perisikan yang dibintangi Robert Pattinson, Elizabeth Debicki, dan John David Washington. Ia mendapat maklum balas yang sangat positif dan memberangsangkan di seluruh dunia.

 

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 September 2020 @ 11:16 AM