Ridzuan Abdul Rahman


OLA BOLA dan Adiwiraku antara filem-filem popular Malaysia yang akan ditayangkan menerusi saluran strimming video internet terkemuka iQIYI International sepanjang bulan ini.

Pengisian 17 judul terdiri daripada genre popular masa kini merangkumi cinta, drama berlatar sejarah dan persembahan internet 'variety show' baharu dilancarkan menerusi aplikasi laman web (iQ.com) dan mudah alih.

iQ yang ditubuhkan pada 2010 oleh syarikat teknologi multinasional China-Baidu, dikenali di peringkat global kerana mempunyai koleksi drama hebat yang majoritinya dari China.

Mereka juga secara berperingkat memperkenalkan drama dan filem Korea Selatan, persembahan pelbagai program dan anime Jepun, menerusi platformnya bagi memenuhi selera peminat millennial, bukan sahaja di China malah Asia Tenggara.

Antara drama iQ yang memenangi anugerah ialah The Golden Eyes, pemenang Golden Bird Prize di 2019

Seoul International Drama Awards; dan Story of Yanxi Palace, sebuah drama bersiri berlatar sejarah silam China yang sudah distrim lebih 15 bilion sepanjang 2018.

iQ juga merintis dan menghasilkan persembahan hiburan internet berprofil tinggi seperti peraduan rap -

The Rap of China bermula 2017 dan persembahan kumpulan remaja perempuan China 2020 - Youth With You

yang turut mengetengah Lisa dari Blackpink sebagai salah seorang mentor.

Program yang akan ditayangkan ialah The Rap of China 2020, Let's Party, Dimension Nova, Love Yourself, Love is Sweet, Dance of the Sky Empire, The Moon Brightens for You, In A Class of Her Own, Backstreet Rookie, Flower of Evil, Love Revolution dan More Than Friends.

Peminat tempatan akan dapat menonton drama eksklusif di iQIYI iaitu Pengantin Satu Malam, Anak Merdeka, sebuah drama patriotik bersiri enam episod yang mula ditayangkan sejak 2017; Ola Bola dan Adiwiraku, pemenang Anugerah Filem Terbaik di Pesta Filem Malaysia ke-29.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 September 2020 @ 6:20 AM