AYDA Jebat selaku wajah tonton tampil menghiburkan penonton.
AYDA Jebat selaku wajah tonton tampil menghiburkan penonton.
KINI tonton ubah konsep akses apabila 80 peratus percuma, 20 peratus untuk pelanggan VIP adalah berbayar.
KINI tonton ubah konsep akses apabila 80 peratus percuma, 20 peratus untuk pelanggan VIP adalah berbayar.
Georgie Joseph


Selari dengan kejayaan sebagai perkhidmatan penstriman video tempatan nombor satu dan terbesar di Malaysia, tonton melangkah setapak ke depan dengan mengubah hala tujunya.

Mencatat lebih 7.4 juta pengguna, tidak dinafikan tonton menjadi platform terbaik untuk mengikuti program digemari selain sentiasa dikemas kini dengan rancangan menarik dan terbaru.

Apalagi dengan senario semua di hujung jari sekarang, tonton mudah diakses mereka yang tiada masa menonton televisyen. Mudah dan hanya perlu mendaftar, bilangan program di dalamnya tidak terkira.

Itu yang disasarkan perkhidmatan berkenaan dan menurut Pengurus Besar tonton, Ben Jern Loh, ia bakal menjadi arkib terbaik untuk program kesukaan ramai.

“Semestinya kami mahu tonton menjadi arkib terbaik untuk penonton yang mahu mencari program TV kegemaran mereka. Bukan yang baru sahaja bahkan program lama pun ada.

“Menerusi konsep terbaru yang kami perkenalkan, ia bakal mengubah statistik penonton,” katanya di Parti Rated xtra, baru-baru ini.

Kini tonton mengubah konsep akses program apabila menetapkan 80 peratus daripadanya percuma manakala 20 peratus untuk pelanggan VIP adalah berbayar.

Berbanding sebelum ini, 80 peratus perlu berbayar, Ben menyifatkan strategi itu lebih menguntungkan atas banyak faktor.

“Kami sedar penonton berat hati melanggan kerana mereka cuma mahu menonton beberapa program sahaja. Jadi, mereka teragak-agak untuk bayar semua program ini.

“Disebabkan itu kami menukar konsepnya apabila hanya 20 peratus program berbayar untuk pelanggan VIP. Namun pasti mereka berpuas hati kerana program yang dibayar itu menarik dan eksklusif.

“Bahkan, ada program yang tidak ditayangkan di mana-mana dan hanya boleh diikuti di tonton,” katanya.

Tonton turut memperkenalkan portal baru iaitu xtra! yang mengetengahkan hiburan serta gaya hidup terkini dengan sajian Live TV Percuma. Portal berbahasa Inggeris, Melayu dan Mandarin berkenaan diwujudkan bagi mengukuhkan lagi tonton.

Menurut Ben, portal interaktif itu bukan saja diisi dengan berita terkini bahkan ia menyalurkan maklumat panduan program TV menarik dengan melayari www.xtra.com.my.

Untuk pelanggan VIP, mereka boleh menikmati potongan diskaun 50 peratus seumur hidup menerusi langganan pakej Superhero. Promosi berkenaan berakhir pada 31 Disember ini dan kini boleh dilanggan di aplikasi tonton atau laman tonton.com.my.

Bagi memberikan pengalaman tontonan lebih menarik dan capaian meluas di skrin besar, tonton boleh diakses di platform TV pintar bermula Januari tahun depan.

Tonton turut memperkenalkan teknologi Camment di mana penonton boleh berinteraksi sesama sendiri. Ia berkonsepkan sosial media dan orang ramai boleh berbual ketika menonton program bersama.

Tidak ketinggalan, tonton menjalin kerjasama dengan syarikat telekomunikasi TM menerusi Hypp TV, DiGi, dimsum, iflix dan EROS. Kolaborasi itu menawarkan akses tontonan meluas dengan kandungan urban program berbahasa Cina, Korea, Thailand dan Bollywood.

Sebuah filem eksklusif tonton iaitu By My Side juga kini boleh dibeli, disewa dan ditonton di seluruh dunia menerusi iTunes. Tidak ketinggalan, kandungan eksklusif daripada sensasi YouTube, JinnyboyTV dan The Ming Thing.

Majlis pelancaran yang dihoskan Hafiz Hatim dan Zooey itu turut menampilkan wajah rasmi tonton iaitu Ayda Jebat, Redza Rosli dan ThomasJack.

Tidak ketinggalan ramai personaliti popular hadir menyerikan majlis termasuk De Fam, Shah Iskandar, Salammusik, Nabila Razali dan Jasmine Suraya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 Disember 2017 @ 2:10 AM