PENGASAS dan pemilik D’Herbs Hol­ding Sdn. Bhd., Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman. FOTO Supian Ahmad
PENGASAS dan pemilik D’Herbs Hol­ding Sdn. Bhd., Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman. FOTO Supian Ahmad
Syafil Syazwan Jefri


USAHAWAN kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri, akan mengadakan sidang media tergempar di Kota Damansara petang ini bagi penjelasan berhubung laporan polis terhadapnya yang disyaki memukul anak angkatnya.

Kejadian yang berlaku pada 28 Februari itu difahamkan terjadi di kediaman usahawan itu dan sehari kemudian, pembantu rumahnya membuat laporan polis sebagai perlindungan diri.

Semalam, Harian Metro melaporkan mangsa yang berusia dua tahun dipukul dengan menggunakan tangan dan kasut serta dicubit sehingga meninggalkan kesan pada badannya.

Suspek dikatakan memukul mangsa yang menangis ketika dia sibuk merakam video untuk kandungan YouTube miliknya.

Harian Metro turut mendapatkan maklumat daripada Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

Terkini

Sidang media Aliff Syukri batal pula...

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Mac 2020 @ 11:37 AM