NEELOFA menerusi media sosialnya memaklumkan akan berangkat ke Tanah Suci bersama keluarga malam ini. FOTO Arkib NSTP dan Facebook Neelofa
NEELOFA menerusi media sosialnya memaklumkan akan berangkat ke Tanah Suci bersama keluarga malam ini. FOTO Arkib NSTP dan Facebook Neelofa
Ardini Sophia Sina


SELEPAS dua hari menguruskan masalah visa, selebriti terkenal iaitu Neelofa bakal berangkat ke Makkah menunaikan ibadah haji pada jam 9 malam ini.

Menerusi Instagram (IG) Story di akaun media sosialnya, pengacara, pelakon dan usahawan popular itu turut memaklumkan dia akan ke tanah suci bersama ibu dan adiknya.

"Di kesempatan ini, saya ingin menghamparkan sebesar-besar permohonan kemaafan jika selama ini mengenali atau berurusan bersama, saya pernah terlanjur bicara, terkasar bahasa kepada semua.

"Doakan perjalanan kami ke tanah suci bagi mendapatkan haji yang mabrur, insya-Allah," tulis pemilik nama sebenar Noor Neelofa Mohd Noor, 30.

Terdahulu, Neelofa, ibu dan dua adik lelaki sepatutnya berlepas ke Jeddah pada 4 Ogos lalu namun ditunda gara-gara masalah visa.

Neelofa berterima kasih pada ramai pihak yang membantu menyelesaikan masalah berkenaan dalam tempoh singkat.

Ini adalah kali kedua wanita itu menunaikan haji. Kali pertama Neelofa menunaikan ibadah itu adalah pada 2016 dan dia juga merancang untuk menunaikan Rukun Islam kelima itu pada setiap tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 Ogos 2019 @ 8:44 PM