AIN Edruce tidak kisah Amirul Hafiz muda dua tahun daripadanya. FOTO Ihsan Ain Edruce
AIN Edruce tidak kisah Amirul Hafiz muda dua tahun daripadanya. FOTO Ihsan Ain Edruce
Najiy Jefri


HAMPIR setahun mengenali hati budi, pelakon Ain Edruce tidak menunggu lama untuk melangkah ke fasa seterusnya dengan ahli perniagaan bernama Amirul Hafiz, 26.

Ain, 28, bagaimanapun menjelaskan foto yang dimuat naik di Instagram hari ini bukanlah majlis pertunangan sebaliknya hanyalah majlis merisik.

"Ramai salah faham, sebenarnya majlis yang diadakan di kediaman saya di Sentul semalam bukan majlis bertunang tetapi merisik.

"Bagaimanapun hasil perbincangan kedua belah keluarga, kami bersepakat untuk mengadakan majlis pertunangan pada Aidilfitri nanti. Doakan semuanya dipermudahkan," katanya.

Menurutnya, dia sudah lama mengimpikan untuk hidup berumah tangga memandangkan usianya sudah menjangkau 28 tahun.

AIN Edruce (duduk tengah) bersama ibu bapa kedua belah pihak pada majlis merisik. FOTO Ihsan Ain Edruce
AIN Edruce (duduk tengah) bersama ibu bapa kedua belah pihak pada majlis merisik. FOTO Ihsan Ain Edruce

"Saya sering bertanya kepada diri sendiri sama ada sudah bersedia untuk berkahwin atau tidak?.

"Bagi saya, selagi tidak diberi tanggungjawab ini saya tidak tahu. Lagipun berapa lama lagi saya nak hidup solo saja. Saya memang teringin nak ada keluarga dan zuriat.

"Walaupun Amirul muda dua tahun daripada saya, tapi saya yakin dia mampu menjadi suami yang bertanggungjawab kerana dia matang dan serius dalam setiap perkara dilakukannya," katanya.

Dalam pada itu, Ain memberitahu, keluarga kedua belah pihak memberi keizinan untuk mereka menentukan tarikh pernikahan

"Kami merancang untuk bernikah tahun depan dan selewat-lewatnya sebelum Februari," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 April 2019 @ 6:39 PM