Zarina kerap menggunakan Instagramnya untuk berkongsi video dua anak kembarnya. FOTO HM Digital/IG
Zarina kerap menggunakan Instagramnya untuk berkongsi video dua anak kembarnya. FOTO HM Digital/IG
Syafil Syazwan Jefri


“ITU kan Instagram saya. Suka hati saya nak letak gambar atau video apa pun,”.

Itu adalah kenyataan pelakon, Zarina Zainuddin, 48, apabila ada netizen yang meminta supaya dia berhenti berkongsi gambar dan video anaknya di laman sosial itu.

Menurut ibu kepada dua anak Autisme itu, dia cuma ingin berkongsi perkara positif dan memberi motivasi kepada mereka yang mempunyai anak Autisme.

“Saya bukan kongsikan benda-benda negatif. Semuanya adalah aktiviti harian saya bersama keluarga dan mengenai kerjaya saya,” katanya kepada Harian Metro.

Tambahnya, dia yakin hanya segelintir saja netizen yang suka bercakap mengenai perkara negatif di media sosialnya.

“Mungkin hanya satu peratus saja netizen yang bercakap buruk. Daripada memandang kepada segelintir yang berperangai sebegitu, lebih baik saya beri perhatian kepada mereka yang positif,” katanya.

Zarina kerap menggunakan Instagramnya untuk berkongsi video dua anak kembarnya iaitu Muhammad Raizal Azrai dan Muhamad Razil Azrai yang kini berusia 23 tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 Disember 2018 @ 11:11 PM