Cheryl hanya akan bergandingan dengan Faizal. FOTO RAMLAH ZAINAL
Cheryl hanya akan bergandingan dengan Faizal. FOTO RAMLAH ZAINAL
Ramlah Zainal


PELAKON dan pengacara terkenal Cheryl Samad, 38, meletakkan syarat hanya akan berganding dengan Faizal Ismail (FBI) jika ditawarkan menjadi pengacara Anugerah

Juara Lagu (AJL) selepas ini.

Menurut bekas pengacara program Muzik-Muzik dan AJL yang bersiaran di TV3 itu, dia memang rindu untuk kembali mengacara AJL selepas 10 tahun menyepi dari bidang seni tanah air.

“Terus terang, saya memang selesa bekerja dengan Faizal kerana kami sudah tujuh tahun berganding dalam Muzik-Muzik dan sudah tahu cara bekerja masing-masing.

“Saya juga akan menolak jika ditawarkan penerbit untuk berganding dengan pengacara lain.

“Pada masa sama, saya juga tidak melihat akan dapat keserasian jika bekerja dengan pengacara lain,” katanya kepada Harian Metro.

Mengenai projek drama baru, kata Cheryl, dia juga kembali mengubat kerinduan peminat menerusi drama bersiri The Bridge selepas sedekad tidak berlakon.

“Saya terpaksa menolak banyak tawaran berlakon kerana dua anak masih kecil sebelum ini.

"Kini, dua anak sudah besar sikit dan masa yang sesuai untuk kembali dalam bidang seni,” katanya.

Drama bersiri The Bridge itu akan mula disiarkan pada November depan menerusi saluran Viu dan Ntv7.

Kali terakhir Cheryl berlakon drama ialah menerusi drama Ghost pada 2008.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 September 2018 @ 4:22 PM