Nazim Othman. FOTO Nurul Syazana Rose Razman
Nazim Othman. FOTO Nurul Syazana Rose Razman
Najiy Jefri


"SAYA tak nak komen apa-apa lagi. Saya masih terganggu," kata pelakon Nazim Othman mengenai perceraian dengan bekas isteri Bella Dally.

Nazim,34 ketika dihubungi berkata, dia akan mengeluarkan kenyataan lanjut apabila semuanya kembali tenang.

"Saya minta sedikit ruang. Apabila semuanya sudah tenang saya akan keluarkan kenyataan," katanya ringkas.

Semalam menerusi akaun Instagram miliknya Nazim dengan berat hati mengesahkan berita perceraian dengan Bella selepas tidak mampu menyimpan rahsia daripada orang sekeliling.

Bagaimanapun Nazim tidak memaklumkan tarikh dan punca perceraian dengan Bella.

Nazim dan Bella berkahwin pada 10 September 2016 dan tidak dikurniakan cahaya mata.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Mei 2018 @ 2:59 PM