KAMALULNIZAM menunjukkan  Tanweer Cocoa yang mengandungi khasiat lima  bahan iaitu kurma, badam, kismis, buah tin dan madu.
KAMALULNIZAM menunjukkan Tanweer Cocoa yang mengandungi khasiat lima bahan iaitu kurma, badam, kismis, buah tin dan madu.
Oleh Hajar Umira Md Zaki


KOPERASI At-Tanwiriah Muar Berhad merancang untuk menggandakan pengeluaran produk minuman bancuhan berperisa koko, Tanweer Cocoa sehingga 10,000 unit sebulan bagi membantu meningkatkan dana Madrasah Tahfiz Al-Quran At-Tanwiriah, Muar, Johor, tahun ini.

Tanweer Cocoa mula diperkenalkan secara kecil-kecilan pada 2016 kepada kenalan terdekat dan sekolah yang berdekatan dengan pengeluaran hanya 1,000 unit sebulan sebelum ini.

Pengerusi Koperasi At-Tanwiriah Muar Berhad merangkap Mudir Am Madrasah Tahfiz Al-Quran At-Tanwiriah, Kamalulnizam Mohd Suhut berkata, pihaknya menerima pelbagai maklum balas positif daripada pengguna yang mengamalkan Tanweer Cocoa.

"Koko menjadi kegemaran anak-anak serta membantu menguatkan ingatan mereka yang bersekolah dan pelajar tahfiz kami turut mengamalkan Tanweer Cocoa ini.

"Minuman berperisa coklat ini juga elok untuk diamalkan pada waktu pagi ketika sarapan.

"Selain koko, Tanweer Cocoa ini turut mengandungi lima lagi bahan utama iaitu kurma, badam, kismis, buah tin dan madu menjadikan ia lebih berkhasiat," katanya.

Tanweer Cocoa boleh didapati dalam dua variasi produk iaitu pouch beg sekilogram dan dalam bentuk sachet pada harga RM25.

Menurutnya, Beliau berkata, pihaknya menjalankan penjualan secara sistem ejen, dalam talian serta boleh mendapatkan secara terus di Koperasi Madrasah Tahfiz Al-Quran At-Tanwiriah.

Menurutnya, selain menerima pembelian daripada orang awam, pihaknya turut menerima pembelian daripada individu untuk disedekahkan kepada pusat tahfiz lain.

Justeru, menerusi pembelian Tanweer Cocoa ini, pengguna bukan sahaja dapat menikmati keenakan Tanweer Cocoa, bahkan dapat membantu dana Madrasah Tahfiz Al-Quran At-Tanwiriah.

"Kami menggunakan 25 peratus daripada hasil penjualan Tanweer Cocoa untuk disumbangkan kepada dana madrasah," katanya.

"Jadi untuk tahun ini, kami merancang untuk menggandakan pengeluaran Tanweer Cocoa bagi merancakkan lagi penjualan dan membantu meningkatkan dana madrasah," katanya.

Usahawan PKS dijemput menyertai komuniti sokongan perniagaan dan mendaftar sebagai AhliUSB di www.omniausb.com.my atau hubungi 013-7172858.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Februari 2022 @ 7:46 AM