NORIEEN (dua dari kanan) menerima kunjungan rombongan agensi kerajaan.
NORIEEN (dua dari kanan) menerima kunjungan rombongan agensi kerajaan.
Oleh Ramli Ibrahim


Gua Musang: Hampir dua bulan diselamatkan selepas hilang selama 47 hari di dalam hutan dekat Pos Tohoi, di sini, kanak-kanak Orang Asli Norieen Yaakob, 10, mengakui dirinya semakin tenang.

Anak kelima daripada enam beradik itu memberitahu fikirannya tidak lagi bercelaru kerana sentiasa bersama ahli keluarga dan rakan, malah dia semakin berusaha untuk melupakan tragedi itu.

“Saya makin tenang apabila bersama mereka walaupun kadang-kala terganggu juga apabila teringat kejadian itu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Penad, di sini, kelmarin.

Bagaimanapun, kanak-kanak itu tetap kelihatan ketakutan dan muram apabila didekati orang tidak dikenali dan hanya ceria apabila bersama rakan serta ahli keluarga.

Bapa saudaranya, Herry Boy Angah, 20, berkata, Norieen tidak akan bercerita mengenai tragedi yang turut meragut nyawa adiknya Haikal, 8, tetapi akan tetap menjawab apabila ditanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 Disember 2015 @ 6:23 AM