Oleh Afiq Hanif


Acer memperkenalkan tiga telefon pintar terbaru, Li­quid Z330, Z530 dan Z630 yang masing-masing dijual pada harga patut sesuai dengan bajet pengguna di negara ini.

Acer Liquid Z330 misalnya berharga hanya RM439 dan mempunyai skrin 4.5 inci jenis FWVGA (854 x 480 piksel) bersama kamera beresolusi 5MP depan belakang pada pemprosesan quad core 1.1GHz Qualcomm Snapdragon 210 (MSM8909).

Pengguna yang membelinya akan memperoleh storan dalaman 8GB selain RAM sebanyak 1GB, namun ia tersedia dengan slot kad mikroSD.

Bagi Liquid Z530 pula, Acer menumpukan pada skrin 5.0 inci IPS HD (1280 x 720) di samping kamera depan belakang beresolusi 8MP yang menggunakan pemprosesan quad core 1.3GHz MT6735 untuk mengoperasikannya.

Pada storan 16GB (tidak dilupakan slot kad memori mikroSD) dan RAM sebanyak 2GB ini, telefon berharga RM559 ini lengkap dengan bateri 2420mAh (boleh buka) yang mengguna pakai sistem operasi Android 5.1 serta Acer Liquid UI/AcerFloat.

Satu lagi model, Acer Liquid Z630 menampilkan rangkaian LTE Cat4 yang membolehkan pindah turun berkelajuan sehingga 150Mbps.

Baterinya berkapasiti 4000mAh yang memung­kinkannya beroperasi lama pada skrin 5.5 inci HD 720p (1280 x 720 piksel) 267ppi.

Sama dengan model Z530, model Z630 mempunyai kamera 8MP depan belakang dan ia dijual pada harga RM659.

Semua model ini mempunyai kelengkapan dua slot kad SIM jenis mikro kecuali Z300 yang menggunakan kad SIM biasa.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 Disember 2015 @ 5:13 AM