KONTINJEN USM bersama pingat dimenangi.
KONTINJEN USM bersama pingat dimenangi.
Oleh Syed Ismail Syed Abu Bakar

Georgetown: Universiti Sains Malaysia (USM) tetap berpuas hati walaupun sekadar membawa pulang tujuh pingat perak dan sembilan gangsa dalam acara olahraga pada Sukan Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, baru-baru ini.

Pingat perak disumbang menerusi acara 10,000m jalan kaki lelaki, 4x100m wanita, lompat kijang wanita, lompat tinggi wanita, 4x400m wanita, 4x400m lelaki dan 400m berpagar wanita.

Manakala gangsa diperoleh atlet 400m lelaki, 400m wanita, 1,500m wanita, 4x100 lelaki heptatlon, merejam lembing wanita, 3,000m lompat kijang, 200m wanita, 10,000 lelaki dan 5,000m jalan kaki wanita.

Jurulatih acara olahraga USM Ahmad Fahlawi Mohamed Yahaya berkata, walaupun gagal meraih sebarang pingat emas pada temasya yang disertai 22 institusi pengajian tinggi (IPT) itu, secara keseluruhan setiap atlet menunjukkan prestasi membanggakan.

“Masih banyak kelemahan yang perlu ditangani bagi memastikan persiapan meng
hadapi temasya Sukan Institusi Pengajian Tinggi Universiti Teknologi Malaysia pada Januari depan.

“Saya yakin prestasi setiap atlet akan ditingkatkan, sekali gus memberikan impak positif kepada pembangunan sukan olahraga secara konsisten,” katanya.

Ahmad Fahlawi berkata, kejohanan yang disertai itu secara tidak langsung memberi peluang ke
pada atlet membuat persiapan bagi menghadapi banyak kejohanan pada masa akan datang.

Sementara itu, skuad tenpin bowling USM sekadar meraih pingat gangsa dalam acara berpasukan wanita pada temasya sama.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 November 2015 @ 6:41 AM