KHAIRIAH bersama tiga ekor anak kucing hutan yang berjaya dirampas.
KHAIRIAH bersama tiga ekor anak kucing hutan yang berjaya dirampas.
Oleh Mohd Rafi Mamat

Kuantan: Permintaan menggalakkan selain tawaran harga lumayan mencecah RM6,000 seekor menjadi faktor utama aktiviti menjual kucing hutan kini semakin berleluasa dilakukan pihak tidak bertanggungjawab.

Selain dilakukan oleh sindiket yang menjual haiwan berkenaan secara atas talian, kegiatan itu turut membabitkan masyarakat Orang Asli di kawasan luar bandar.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Pahang Khairiah Mohd Sharif berkata, pihaknya memandang serius aktiviti menyimpan dan menjual kucing hutan atau nama saintifiknya Prionailurus Planiceps.

Katanya, dalam tempoh dua tahun (2012/2013) pihaknya berjaya merampas sebanyak 21 ekor kucing hutan membabitkan lapan kes di negeri ini yang dijual secara terbuka dan atas talian.

Katanya, kucing hutan dijual pada harga antara RM500 hingga RM6,000 seekor dan harga haiwan berkenaan yang banyak ditemui dalam kawasan hutan kecil serta ladang kelapa sawit bergantung kepada jantina, umur, saiz dan kesihatan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 31 Oktober 2015 @ 9:17 AM