HAFIZ Razak menampilkan karya menggunakan medium akrilik dan silikon.
HAFIZ Razak menampilkan karya menggunakan medium akrilik dan silikon.
HASIL Sun Kang Jye seni yang menggunakan akrilik dan campuran media.
HASIL Sun Kang Jye seni yang menggunakan akrilik dan campuran media.
KARYA bertajuk ‘Tick Of Time’ yang dihasilkan Arif Fauzan Othman.
KARYA bertajuk ‘Tick Of Time’ yang dihasilkan Arif Fauzan Othman.
BARISAN artis bersama U-Wei Saari (lima dari kiri) yang merasmikan Pameran ‘Stories of 11 Artworks’.
BARISAN artis bersama U-Wei Saari (lima dari kiri) yang merasmikan Pameran ‘Stories of 11 Artworks’.
Oleh Nor Hanisah Kamaruzaman

Sesuai dengan namanya, Pameran ‘Stories of 11 Artworks’ menampilkan 11 hasil seni berbeza dengan setiap

satunya ada identiti tersendiri.

Sebelas artis terbabit ialah Saharuddin Supar, Daud Rahim, Chong Kim Chiew, Ruzzeki Harris, Sun Kang Jye, Hafiz Razak, Arif Fauzan Othman, Edroger C Rosili, Cheng Yen Pheng, Gan Tee Sheng dan Zelin Seah.

Pameran berkenaan mengetengahkan cerita, pemikiran dan proses setiap artis dalam menghasilkan karya masing-masing.

Pelbagai medium diketengahkan seperti akrilik, pensel warna, cat minyak dan campuran media yang memberi kelainan pada kerja seni dihasilkan.

Majlis pelancaran pameran itu disempurnakan pengarah filem dan pengumpul seni U-Wei Saari pada 24 Oktober lalu.

Galeri HOM Art Trans beroperasi dari Isnin hingga Jumaat bermula jam 11 pagi hingga 6 petang dan pada Sabtu dari jam 1 petang hingga 6 petang.

Pameran berlangsung sehingga 7 November depan di Ampang dan masuk percuma.

INFO

STORIES OF 11 ARTWORKS

- Artis: Berkumpulan

- Jumlah karya: 11

- Lokasi: Galeri HOM Art Trans, No 6A, Jalan Cempaka 16, Taman Cempaka, Ampang, Selangor

- Tarikh: Sehingga 7 November 2015

- Masa: 11 pagi hingga 6 petang (1 petang hingga 6 petang pada Sabtu)

- Telefon: 012-373 6004 (Mimie)

- Web: www.homarttrans.com

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 Oktober 2015 @ 11:48 AM