Orang ramai keluar dari bangunan di Lahore, Pakistan, selepas gempa bumi di Afghanistan berdekatan sempadan Pakistan, petang tadi. - Foto AP
Orang ramai keluar dari bangunan di Lahore, Pakistan, selepas gempa bumi di Afghanistan berdekatan sempadan Pakistan, petang tadi. - Foto AP

Kabul: Seramai 17 orang, termasuk lapan kanak-kanak terbunuh di Pakistan akibat gempa bumi berukuran 7.5 magnitud yang melanda Afghanistan dengan gegaran kuatnya boleh dirasai sehingga India dan Pakistan.

Menurut pihak berkuasa Pakistan, lapan termasuk empat kanak-kanak itu terbunuh di Bajaur, berdekatan sempadan Afghanistan manakala lapan lagi termasuk empat kanak-kanak mati di Mingora, Lembah Swatm, dan seorang wanita terbunuh utara Peshawar.

Menurut Pengukuran Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempar itu menggegarkan Kabul, berlaku pada kedalaman 196 kilometer, berpusat di 82 kilometer selatan Feyzabad, kawasan terpencil Afghanistan di pergunungan Hindu Kush.

Gegarannya yang menggoncang bangunan di Kabul, boleh dirasai sehingga Pakistan, Punjab dan New Delhi. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 Oktober 2015 @ 7:09 PM