MENTERI Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama Pengurus Acara Wakjali Event Management, Rosli Chik Mat melepaskan induk ikan untuk Cabaran Memancing MAHA 2014.
MENTERI Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama Pengurus Acara Wakjali Event Management, Rosli Chik Mat melepaskan induk ikan untuk Cabaran Memancing MAHA 2014.

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) melalui Jabatan Perikanan Malaysia akan menganjurkan Cabaran Memancing MAHA 2014 pada 16 November ini di Laman Perikanan, Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Serdang.

Majlis pelepasan itu sebagai prapromosi Cabaran Memancing MAHA 2014.

Dianggarkan 1.5 tan ikan daripada pelbagai spesies dilepaskan dalam tasik MAEPS.

Antara induk ikan yang dilepaskan menjangkau berat antara lima hingga 10 kilogram termasuk spesies ikan kelah, temoleh, patin dan keli.

MOA menerusi DOF menyasarkan 1,500 kaki pancing dari sekitar Lembah Klang mengambil bahagian.

Setiap individu dikenakan bayaran mengikut jumlah joran dan bagi satu joran berharga RM70.

Pertandingan itu menyediakan ganjaran RM53,000 bagi keseluruhan hadiah wang tunai yang bakal menjadi milik kaki pancing.

Pemenang pertama bakal membawa pulang wang tunai RM30,000 manakala RM8,000 untuk pemenang kedua dan RM4,000 untuk pemenang ketiga.

Hubungi urus setia pertandingan di talian 013-3113900 (Zali), 012-6823479, 013-3588206, 012-2141401 dan 013-3838655 untuk maklumat lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 November 2014 @ 5:00 AM