MURID sekolah dari masyarakat Orang Asli ketika Program Ramah Mesra di Kuala Lipis pada 1 Oktober. FOTO fil NSTP Nazirul Roselan
MURID sekolah dari masyarakat Orang Asli ketika Program Ramah Mesra di Kuala Lipis pada 1 Oktober. FOTO fil NSTP Nazirul Roselan
Oleh Maiamalina Mohamed Amin


Kota Bharu: Kerajaan bersetuju untuk menyediakan pengangkutan bagi menghantar pulang murid Orang Asli di 94 sekolah berasrama di seluruh negara, setiap dua minggu.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu diambil susulan tragedi menimpa tujuh murid Orang Asli Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi, Gua Musang, baru-baru ini.

"Kita akan segerakan tindakan ini demi memastikan mereka tidak menghilangkan diri atau pulang ke kampung sendirian apabila rindukan keluarga," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melawat Mirsudiar Aluj, 11, Norieen Yaakob, 10, di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini, hari ini.

Ismail Sabri berkata, sebelum ini kemudahan pengangkutan disediakan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) untuk tujuan itu namun digunakan pada cuti sekolah sahaja.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Oktober 2015 @ 1:59 PM