KUALA LUMPUR 14 OCTOBER 2015. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyampaikan sijil  kepada  penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah 2015, Tun Abdul Hamid Mohamad sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1437H/2015M di Masjid Negara, Kuala Lumpur. Turut bersama Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom (kanan). NSTP/Ghazali Kori

Oleh Hairulazim Mahmud dan Mahaizura Abd Malik

Kuala Lumpur: Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abd Hamid Mohamad dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan pada tahun ini.

Pengiktirafan itu diberikan sempena Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1437H/2015M.

Beliau menerima anugerah itu di atas sumbangan besarnya dalam memartabatkan Islam di peringkat nasional dan global yang diiktiraf pelbagai pihak.

Beliau membawa pulang wang tunai RM100,000, plak, pingat serta sijil penghargaan disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Masjid Negara di sini, hari ini.

Turut hadir pada majlis itu ialah isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa; Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Othman Mustapha serta barisan menteri kabinet.

Terdahulu pada sebelah pagi, Jamil Khir mengetuai kira-kira 50,000 peserta melakukan perarakan ke Masjid Negara bermula dari enam lokasi sekitar ibu negara.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Oktober 2015 @ 11:52 AM