ANGGOTA polis mengusung mayat Pusbanathan yang maut tertembak diri sendiri.
ANGGOTA polis mengusung mayat Pusbanathan yang maut tertembak diri sendiri.
Oleh Mohd Hilmi Mahmud


Georgetown: Seorang pengawal keselamatan maut apabila tertembak diri sendiri ketika mengosongkan pump gun di sebuah pejabat syarikat kawalan keselamatan di Bayan Baru, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, mangsa M Pusbanathan, 52, maut di tempat kejadian akibat terkena tembakan pada bahagian kanan dadanya.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Asisten Komisioner P R Gunarajan berkata, sebelum kejadian mangsa baru selesai tugasan mengawal sebuah bank di Sungai Dua.

"Sebelum itu, mangsa sudah mengeluarkan empat butir peluru di tempat kerjanya manakala sebutir lagi dipercayai terlekat pada senjata api berkenaan.

"Mangsa pulang ke pejabat untuk mengeluarkan baki peluru tersangkut, namun malangnya dia terlepas tembakan lalu mengenai bahagian kanan dadanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 November 2014 @ 5:15 AM