Son sekadar menjadi penonton pada perlawanan menentang Liverpool minggu depan. - Pix Getty
Son sekadar menjadi penonton pada perlawanan menentang Liverpool minggu depan. - Pix Getty

London: Pemain Tottenham Hotspur Son Heung Min dilapor terlepas beraksi menentang Liverpool di bawah kendalian pengurus baru dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) minggu depan.

Penyerang Korea Selatan itu mengalami kecederaan kaki ketika menang 4-1 ke atas Manchester City bulan lalu.

Son disahkan tidak dapat bermain selama beberapa minggu buat masa ini. Dia tidak diturunkan ketika seri 1-1 menentang Monaco pada perlawanan kumpulan Liga Europa.

Pengurus Spurs, Mauricio Pochettino berdepan kebimbangan dan kurang selesa menurunkan pemain cedera belum cergas untuk beraksi.

Liverpool hanya menunggu 24 jam lagi untuk mengesahkan Jurgen Klopp sebagai pengurus baru.

Spurs akan menentang Liverpool di White Hart Lane pada 17 Oktober - Express

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 Oktober 2015 @ 2:50 PM