Tiada manusia tidak mahu kaya dan bahagia. Namun lumrahnya, tidak mungkin dapat semua yang diimpikan. Apa yang baik pada mata kita tidak semestinya indah pada pandangan-Nya.

Tinta Dari Hati ialah catatan kembara yang dilalui penulisnya. Sebuah kisah benar yang mampu membuatkan anda merenung kembali makna kehidupan dan memperbaiki kekurangan diri. Lebih mantap lagi, diceritakan juga peristiwa yang berlaku pada zaman nabi sebagai teladan.

Antaranya kisah dua pemuda yang masing-masing masuk neraka dan syurga kerana seekor lalat, cendekiawan Barat yang memeluk Islam kerana ayat al-Quran dan pelbagai kisah menarik yang pasti akan meruntun hati anda.

INFO:

Judul: Tinta Dari Hati

Penulis: Sharifah Al-Qhadri

Penerbit: Alaf 21

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 Oktober 2015 @ 4:43 AM