Anggota penyelamat mengalihkan tanah bagi mengeluarkan mayat mangsa yang tertimbus. - Foto REUTERS
Anggota penyelamat mengalihkan tanah bagi mengeluarkan mayat mangsa yang tertimbus. - Foto REUTERS
Anggota pasukan penyelamat dan sukarelawan memenuhi kawasna tanah runtuh dalam usaha mencari mangsa yang mungkin terselamat. -  Foto REUTERS
Anggota pasukan penyelamat dan sukarelawan memenuhi kawasna tanah runtuh dalam usaha mencari mangsa yang mungkin terselamat. - Foto REUTERS
Tanah runtuh yang melanda Santa Catarina Pinula di pinggir Bandar Raya Guatemala yang menyebabkan 86 terbunuh. - Foto REUTERS
Tanah runtuh yang melanda Santa Catarina Pinula di pinggir Bandar Raya Guatemala yang menyebabkan 86 terbunuh. - Foto REUTERS

Santa Catarina Pinula, Guatemala: Harapan semakin pudar untuk menemui mangsa yang terselamat akibat tanah runtuh di bandar ini yang mengorbankan lebih 86 orang dan lebuh 300 lagi masih hilang.

Tanah runtuh memusnahkan sebahagian besar kawasan penempatan Santa Catarina Pinula di kaki dan lereng gunung itu malam tadi berikutan hujan lebat. Tanah, batu dan pokok menimbusi serta memusnahkan rumah.

Sesetengah rumah ditimbusi tanah setinggi 15 meter dan Menteri Pertahanan Guatemala, Williams Mansilla, mengakui peluang untuk menemui mangsa yang masih hidup amat tipis.

Antara yang terbunuh setakat ini ialah 17 kanak-kanak dan sekurang-kurangnya 26 lagi cedera. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 Oktober 2015 @ 3:16 PM