NUR Atikah menatap wajah Muhammad Lutfan Amar buat kali terakhir.
NUR Atikah menatap wajah Muhammad Lutfan Amar buat kali terakhir.
Oleh Nor Raidah Awang

Selama: “Walaupun berat menerima dugaan ini, tetapi saya reda dengan ujian ini... akhirnya dia pergi jua,” kata Nur Atikah Mohamd Ideris, 20.

Nur Atikah adalah ibu kepada Muhammad Lutfan Amar Abdul Fattah, dua bulan, yang menghembuskan nafas terakhir, awal pagi semalam, selepas mengalami masalah saluran pernafasan sempit dan jantung berlubang.

Muhammad Lutfan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) Hospital Taiping, di sini, jam 4.10 pagi, ketika menunggu untuk menjalani pembedahan saluran jantung sempit.

Walaupun sedih, Nur Atikah berkata, dia reda dengan ketentuan Allah selain mengakui tidak mampu lagi melihat penderitaan ditanggung anaknya itu.

“Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua penyumbang bantuan sejak berita mengenai anak saya disiarkan dalam Harian Metro pada 28 September lalu. Terima kasih kepada yang menderma dan mendoakan kesihatan anak saya, hanya Allah SWT saja yang dapat membalas kebaikan mereka.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Oktober 2015 @ 7:25 AM