Anggota Suju, Donghae meluahkan rasa bangga kerana akhirnya dapat menunjukkan bakatnya dalam lakonan ketika hadir di majlis tayangan perdana filem The Youth.

Dia juga akui memang suka berlakon dan berterima kasih kerana dapat membuktikannya melalui drama.

"Jujurnya, saya terjun ke bidang lakonan drama kerana sukakan kerjaya itu dan kini saya berpeluang pula beraksi dalam filem.

"Sedari kecil, saya ingin berlakon filem pendek. Ia adalah genre yang tidak akan saya lepaskan dan kemudian saya bertemu pula pengarah Kim Jin Moo.

"Selepas mendengar tema filem ini berkaitan orang muda, saya katakan saya mesti lakukannya!" kata Donghae.

Donghae akui tidak tahu filem The Youth lakonannya akan ditayangkan kepada umum kerana pada awalnya dia memilih produksi ini atas tujuan minat berlakon.

Filem The Youth turut dibinta­ngi anggota kumpulan 4Minute, Nam Ji Hyun dan anggota kumpulan FT Island, Song Seung Hyun.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 November 2014 @ 5:00 AM