Wenger tidak berpuashati jaringan Ramsey dibatal pengadil. - Reuters
Wenger tidak berpuashati jaringan Ramsey dibatal pengadil. - Reuters

London: Pengurus Arsenal Arsene Wenger mempertikai jaringan kontroversi Aaron Ramsey selepas skuadnya terikat tanpa jaringan beraksi di tempat sendiri menentang Liverpool, awal pagi tadi.

Liverpool menguasai babak pertama di stadium Emirates dengan dua percubaan terkena tiang gol tetapi Arsenal sepatutnya berada di depan melalui jaringan Ramsey selepas mendapat bola lorongan Santi Cazorla.

Bagaimanapun jaringan itu dibatalkan pengadil kerana offsaid tetapi ulang tayang rakaman televisyen menunjukkan sebaliknya.

"Ia jaringan gol biasa perlawanan. Saya tidak faham mengapa gol jaringan Ramsey dibatalkan," katanya.

Pengurus Liverpool Brendan Rodgers tidak mempertikaikan dakwaan pengurus Gunners itu.

Ditanya pandangannya terhadap insiden terbabit pengurus dari Ireland Utara itu tersenyum dan berkata: “Jersinya dalam posisi offsaid." - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Ogos 2015 @ 12:19 PM