Filem Assassination yang kini berjaya menarik 10 juta penonton ke pawagam berdepan dengan saman berikutan isu plagiat.

Menurut mahkamah, Choi Jong Lim, 64, memfailkan aduan yang mendakwa filem itu sebenarnya diplagiat daripada novel tulisannya.

Novelis itu menuntut RM35,809,150 sebagai ganti rugi kerosakan terhadap pengarah Choi Dong Hun, syarikat produksi dan pengedar.

Tuntutan saman itu juga termasuk menghentikan serta-merta tayangan filem itu dan keputusan hanya diketahui pada 31 Ogos depan.

Assassination mengangkat wanita sebagai pelakon utama memegang watak pembunuh upahan. Pemberontak ternama Korea, Kim Gu mengantar pembunuh upahan untuk membunuh pegawai Jepun.

Pun begitu, produser filem menyangkal tuntutan dan mengatakan plot pembunuh upahan adalah taktik biasa terhadap Jepun pada era kebangkitan kemerdekaan Korea.

Tambahnya, karakter utama dalam novel bukan pembunuh upahan seperti didakwa.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 Ogos 2015 @ 5:01 AM