Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque

Shah Alam: Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersetuju menyelesaikan secara baik saman yang dikemukakan terhadap bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat(PKR) Datuk Saifuddin Nasution berhubung penyebaran dokumen 'Keputusan Menggantikan Menteri Besar Selangor', di Mahkamah Tinggi Shah Alam, hari ini.

Keputusan itu dicapai selepas Abdul Khalid bersetuju untuk tidak meneruskan saman berkenaan.

Saifuddin membaca permohonan maaf secara terbuka di mahkamah dan direkodkan Pesuruhjaya Kehakiman M Gunalan.

Peguam Edmund Bon mewakili Abdul Khalid manakala peguam Wiliam Leong mewakili Saifuddin.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 Ogos 2015 @ 1:02 PM