Ahli perniagaan, Shahril Jaafar, 34, keluar dari kenderaan ketika tiba di Mahkamah Tinggi Alor Setar, pagi tadi. Dia didapati bersalah membunuh Chee Gaik Yap sembilan tahun lalu di Kawasan Kelab Cinta Sayang Sungai Petani. - Foto DANIAL NOORDIN
Ahli perniagaan, Shahril Jaafar, 34, keluar dari kenderaan ketika tiba di Mahkamah Tinggi Alor Setar, pagi tadi. Dia didapati bersalah membunuh Chee Gaik Yap sembilan tahun lalu di Kawasan Kelab Cinta Sayang Sungai Petani. - Foto DANIAL NOORDIN
Oleh Muhaamad Hafis Nawawi


Alor Setar: Seorang ahli perniagaan dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, selepas didapati bersalah membunuh seorang eksekutif pemasaran wanita dalam kejadian sembilan tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab menjatuhkan hukuman itu terhadap Shahril Jaafar, 34, kerana membunuh Chee Gaik Yap dalam kawasan Kelab Cinta Sayang, Sungai Petani, antara jam 5.30 petang pada 14 Januari 2006 sehingga 3.05 pagi, 15 Januari 2006.

Mohd Zaki berkata, mahkamah menjatuhkan hukuman itu selepas pihak pembela gagal membuktikan keraguan melampaui munasabah terhadap tertuduh pada akhir kes pembelaan.

Dalam penghakimannya Mohd Zaki berkata, keterangan saksi pembelaan yang juga bapa tertuduh bercanggah dengan keterangan diberikannya kepada polis ketika siasatan menyebabkan keterangannya ditolak.

Tertuduh diwakili peguam Shamsul Sulaiman manakala Ketua Pendakwa Negeri Kedah Salim Soib mewakili pihak pendakwaan.

Tertuduh, sebelum ini dibebas dan dilepaskan Mahkamah Tinggi Alor Setar daripada pertuduhan itu pada Jun 2013

Bagaimanapun, Panel Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Datuk Linton Albert mengetepikan pelepasan dan pembebasan Shahril serta mengarahkan tertuduh membela diri.

Gambar Danial Nordin

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 Ogos 2015 @ 2:35 PM