ANGGOTA polis menjalankan siasatan di rumah mangsa. Dalam bulatan, kucing yang mencakar mangsa.
ANGGOTA polis menjalankan siasatan di rumah mangsa. Dalam bulatan, kucing yang mencakar mangsa.
Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor

Port Dickson: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun mati dipercayai akibat terjatuh dalam bilik air ketika membersihkan diri selepas dicakar kucing dalam kejadian di rumahnya di Taman Lukut Makmur, Lukut, di sini, semalam.

Sumber polis berkata, dalam kejadian jam 4.45 petang, mangsa, Nur Damia Amani Mohd Azam, 5, sebelum itu dicakar kucing peliharaannya di bahagian muka, pipi serta mata.

Katanya, sebelum kejadian, kanak-kanak berkenaan sedang bermain bersama kucing peliharaannya di ruang tamu rumah sambil diperhatikan dua kakak berusia 10 dan lapan tahun.

Katanya, sewaktu memeluk haiwan peliharaan itu, kucing terbabit mencakar mangsa di bahagian badan, mata dan pipinya menyebabkan berlaku sedikit pendarahan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Ogos 2015 @ 5:41 AM