Kandahar (Afghanistan): Sekurang-kurangya 17 maut termasuk 12 tentera Afghan dalam nahas helikopter di selatan Afghanistan.

Kejadian di Shinkay itu - dianggap paling teruk sejak misi tentera NATO tamat pada Disember tahun lalu - dipercayai akibat gangguan teknikal. Shinkay jarang mengalami masalah pemberontak.

Tailban mendakwa bertanggungjawab menembak helikopter berkenaan menggunakan pelancar roket, namun kumpulan itu sering membuat pengakuan palsu.

Pegawai kanan tentera yang enggan dikenali berkata: “Helikopter itu terhempas menyebabkan 17 maut iaitu 12 askar dan lima anak kapal. Ia bukan akibat serangan militan sebaliknya masalah teknikal.”

Ketua daerah Shinkay Mohammad Qasim Khan juga mengesahkan perkara itu. Kejadian itu kini disiasat tentera Afghanistan. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 Ogos 2015 @ 12:37 PM