PENANG 30 July 2015. Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Lai Fah Hin (dua dari kanan) menujukkan sebahagian  barang kes semasa membuat sidang akhbar di IPD Barat Daya, Balik Pulau,Pulau Pinang. NSTP/Ramdzan Masiam

Oleh Hadzlihady Hassan

Balik Pulau: Enam lelaki Geng AV yang aktif mencuri bas serta lori tumpas apabila dicekup polis dalam serbuan di Kedah dan negeri ini, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Lai Fah Hin berkata, tangkapan itu dilakukan selepas polis menerima maklumat berhubung kehilangan bas kilang di Relau, Ahad lalu.

"Susulan daripada itu, polis kemudian berjaya menjejaki bas terbabit yang sudah dileraikan komponen di kedai barang lusuh di Kubang Rotan, Kedah.

"Siasatan di kedai terbabit turut menemui 31 enjin lori serta bas yang bernilai kira-kira RM1 juta," katanya pada sindang media di pejabatnya, hari ini.

Menurutnya, semua suspek berusia 52 hingga 66 tahun direman selama empat hari bagi membantu siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Julai 2015 @ 2:53 PM