e-kad tipu.
e-kad tipu.
WiFi kaut untung.
WiFi kaut untung.
Oleh Afiq Hanif


Tinggal beberapa hari saja lagi sebelum kita menyambut Hari Raya Aidilfitri. Sudah tentu, terlalu banyak hal yang perlu diuruskan sebelum, ketika dan pasca musim perayaan ini.

Selain daripada membeli-belah, berpuasa, menjamu selera dan merancang perjalanan balik kampung, aspek keselamatan tidak wajar diabaikan begitu sahaja.

Kita perlu mengunci dan memastikan keselamatan kediaman, mungkin dengan menggunakan sistem keselamatan di rumah kemudian menyimpan semua barangan berharga dalam lokasi tersorok atau peti besi di rumah atau bank.

Malah, kita juga memberitahu pihak polis untuk memastikan rumah kita berada dalam jadual rondaan mereka.

Betapa telitinya kita terhadap aspek keselamatan fizikal, namun terlepas pandangan keselamatan berkaitan aset ‘online’ seperti identiti diri, data, maklumat kewangan, pembayaran dan akaun media sosial.

Menurut statistik, penghantaran produk secara online melalui gedung membeli-belah maya meningkat dengan mendadak daripada 29 juta pada tahun 2011 kepada 40 juta pada tahun 2013.

Peningkatan 25 hingga 30 peratus aktiviti membeli-belah online itu dapat dilihat dengan jelas sepanjang dua minggu sebelum Hari Raya.

Kaspersky Lab, salah sebuah syarikat keselamatan siber berkongsi beberapa tip berguna bagi memastikan anda sentiasa selamat pada Hari Raya ini.

Kad ucapan palsu

Siapa yang tidak suka menerima kad ucapan perayaan? Namun, sebahagian e-kad dan video itu mungkin mengandungi perisian Trojan.

Anda mungkin menerima mesej yang kelihatan seperti dihantar oleh pengirim yang sah, biasanya e-kad ini meminta anda memindah turun satu lampiran yang sekali pandang seakan selamat dan boleh dipercayai.

Sedangkan realitinya, ia Trojan yang akan menjangkiti komputer peribadi (PC) dan menunggu anda menggunakan maklumat perbankan online.

Ia kemudian mengeluarkan satu tetingkap yang meminta anda untuk mengesah atau mengemas kini maklumat bil. Jika arahan itu diikuti, anda mungkin mendapati akaun simpanan dikosongkan dan anda tidak berpeluang menggunakan wang terbabit.

Dengan memasang perisian anti malware yang efektif, anda boleh mengelakkan PC dan telefon pintar daripada serangan Trojan seperti Kaspersky Internet Security 2015 yang akan mengesan dan menghalang Trojan daripada menyerang PC anda.

Diskaun online yang sukar dipercayai

Tawaran ‘Diskaun 70%’ atau ‘Beli Satu Percuma Satu’ sering menarik perhatian kita ketika membeli-belah secara online untuk persiapan Hari Raya mahupun selepas duit raya dan ingin membelanjakannya.

Sedangkan promosi sebegitu kelihatan terlalu bagus untuk dipercayai berkemungkinan ditawar syarikat penerbangan, pengendali pakej percutian dan kedai online yang mungkin palsu serta mengandungi perisian berbahaya di dalam lampirannya.

Harga sebuah rasa simpati

Hari Raya berkait rapat dengan memberi sumbangan dan meluahkan rasa kasih sayang. E-mel dalam peti masuk (inbox) yang meminta sumbangan daripada rumah anak yatim atau rumah orang tua biasa diterima sepanjang musim perayaan ini.

Namun begitu, sila berhati-hati sebelum klik dan menderma kerana sebahagian daripadanya mungkin menipu.

E-mel palsu mungkin mengandungi pautan meragukan yang kelihatan seperti ‘kesilapan ejaan’ pada alamat laman web tertentu.

Akhirnya, pautan ini membawa anda ke laman web yang cuba untuk mencuri kata lauan akaun atau maklumat rahsia lain dengan cara membuatkan anda percaya ia laman web yang sah.

Berhati-hati dengan WiFi awam

Sebahagian daripada kita mungkin berdepan dilema ketika pulang ke kampung dan hilang punca kerana tiada kemudahan WiFi di sana.

Penyelesaian yang paling biasa diambil pergi ke kedai kopi yang mempunyai sambungan WiFi. Malangnya, e-mel, kata laluan, nombor kad kredit dan banyak lagi boleh dipintas apabila anda meng­gunakan rangkaian Wi-Fi awam.

Ciri baru Wi-Fi Security Notification yang ada pada Kaspersky Lab Internet Security 2015 akan mengenal pasti tahap keselamatan sambungan Wi-Fi yang anda gunakan secara automatik.

Ia memeriksa dan memberi amaran mengenai potensi risiko dengan mencadangkan supaya anda mengubah tetapan keselamatan.

Kekal Selamat di Laman Sosial

Selfie atau wefie dengan baju raya, memindah naik gambar makanan di laman Facebook dan Instagram, merakam penampilan yang anda minati atau tweet sesuatu yang bermakna sememangnya satu kaedah terbaik untuk berkongsi dengan ahli keluarga serta rakan.

Namun begitu, anda perlu berhati-hati mengenai jenis maklumat dan dengan siapa anda mahu kongsikannya.

Penjenayah siber meng­gunakan pelbagai bentuk penipuan, misalnya URL yang dipendekkan atau aplikasi telefon pintar untuk mendapatkan maklumat peribadi anda.

Beberapa produk seperti Kaspersky Internet Security 2015 URL Advisor memboleh menambah tag berdasarkan warrna ke atas semua pautan laman web pada senarai carian yang memberi amaran kepada anda mengenai tahap bahaya pautan terbabit.

Kaspersky Internet Security 2015 juga menawarkan lapisan perlindungan tambahan sewaktu anda melakukan transaksi kewangan, seperti perbankan dan pembelian online. Ini kerana ia menggunakan sistem pembayaran teknologi Unique Safe Money.

Teknologi termaju anti-phishing secara proaktif mengesan URL palsu dan menggunakan maklumat pada masa sebenar daripada setoran ‘cloud’.

Ini bagi memastikan anda tidak ditipu dan mendedahkan data penting kepada laman web palsu tersebut.

Manakala perisian seperti Internet Security for Android yang dipindah turun ke telefon pintar dan tablet Android akan memastikan keselamatan dan memberi amaran jika anda menerima sebarang pautan atau perisian yang berbahaya daripada rakan anda.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Julai 2015 @ 9:21 PM