KEMALANGAN mengakibatkan kereta peronda terbabas Isnin lalu.
KEMALANGAN mengakibatkan kereta peronda terbabas Isnin lalu.
Oleh Sarah Zulkifli


Kuala Lumpur : Seorang pelajar kolej berusia 21 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Trafik di sini, sebentar tadi, atas pertuduhan memandu kereta di bawah pengaruh alkohol sehingga melanggar kereta peronda polis yang menyebabkan kecederaan dua anggotanya, di Jalan Pudu di sini, Isnin lalu.

Lua Norman, yang kini dalam Program Persediaan Sarjana Muda ke Amerika Syarikat itu membuat pengakuan berkenaan di hadapan Majistret Zura Syazween Hamizan.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memandu kereta Volkswagen Polo berwarna biru di bawah pengaruh alkohol melebihi 76 miligram (mg)/100 mililiter (ml) daripada had ditetapkan sehingga tidak berdaya mengawal kenderaan itu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 yang memperuntukkan hukuman denda RM20, 000 dan penjara maksimum 10 tahun, jika disabit kesalahan.

Insiden itu menjadi viral apabila rakaman video kemalangan itu sempat dirakam dan disebarkan melalui media sosial semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 Jun 2015 @ 12:12 PM